Sebelum cerita I olls pi Sydney berkepuk jadi habuk hari ni jom kita cita best ka tak best pi Sydney hari tu... Trip kali ni bukan dengan Mr Daddy and Lil Darling but with my best friends in UM. We booked 3 months in advanced via Air Asia Go... We olls amik sekali hotel ngan flight arrangement RM1920 seorang. We departed on 22 September 2014... Hamek dah kat sebulan dah kot.... Ampun... memang busy maximum... Flight malam from KLIA2 at 23:40. Flight lebih kurang 8 jam. Sampai sana 09:45. Boleh tahan patah pinggang aku 8 jam dengan seat AirAsia ni... Apapun memag murah la flight AirAsia ni... Bagi yang bukan bangsawan mcm aku ni bersyukur ada AirAsia boleh juga melawat tempat orang.
Day 1: 23 September 2014
OK sesampai kat Sydney airport ampa kena facing macam2 sebelum keluaq. Masa dalam flight - form yang depa bagi tu make sure ampa isi betui2 kalau x sure dengan apa yang dibawak tick ja yes. First keluar ada counter check passport and visa lepaih tu pi collect luggage.Lepaih tu ada a few lane bagi yang tak dak barang larangan boleh keluaq teruih kalau ada mcm kami kena pi satu lagi lane. Ok bagi smoker tegar diingatkan seorang boleh bawak 40 batang rokok ja. 40 batang ok bukan 40 kotak... INGAT!!!! Alhamdulillah kami tak kena saman apa pun and dilepaskan cuma diberi reminder next time jangan bawak rokok banyak2 and makanan yang x boleh bawak. Ampa google la senirik k... Keluaq situ kami kena beratuq lagi 5 orang satu line dalam 4 line... Make sure ampa letak semua luggage and handbag kat bawah and ada sekoq anjing comel akan mai hidu2 beg ampa.. Kalau anjing tu hidu paih tu blah selamat la kiranya....
Sydney International Airport ni x besaq mana so risk nak sesat memang payah. Tengok ja signage and we olls pi cari train nak ke city centre. Tambang train ke Sydney Central A$16.40 per person per way. Train lebih kurang 15 minutes ja. Sampai kat Sydney Central we olls jalan kaki ja pi Travelodge Hotel yang tak sampai 10 minit dah sampai. Memandangkan still awai kami tinggal luggage dulu (free) kat hotel and keluaq meronda. OK time check in kat Australia ialah pukul 3 petang and check out dia 10 pagi. Sila take note hokay.
Since x boleh nak check in lagi kami p breakfast kat one of the cafe depan Hyde Park. Memandangkan semua jetlag teruk x cukup tido kami just lepak kat Hyde Park fefeeling Australian sampai time check in. Lepas check in kami nap kejap lepas tu bangun siap2 kuaq jalan kaki p Darling Harbour. Jalan lebih kurang 15-20 minit ja dah sampai sini. Memang ramai manusia la. View malam kat sini Subhanallah memang awesome. Kat sini la ada Hard Rock Cafe. We had our dinner there and lepak Starbucks. OK Sydney is a very safe country. Kami 3 orang perempuan lepak jalan2 sampai malam2 pun still rasa selamat.
Day 2: 24 September 2014
Weather hari ni memang awesome. We olls dah booked in advanced with the hotel reception last night nak pi ke Blue Mountain. We olls amik package via Grayline at A$194 per person all inclusive package.. Pick up from the hotel tapi not in Travelodge. Alhamdulillah Vibe Hotel tempat pick up tu sebelah hotel we olls ja. Seawal 07:30 we olls dah terpacak depan Vibe Hotel. Bila bus sampai they will asked about the payment kalau x bayar lagi or confirmation /booking number. The bus was great dah la bus baru, siap ada free wifi lagi dalam bus. The journey took us about an hour. The first stop is Leura City. Bandar kecik nak ke Blue Mountain la. Ok personally aku rasa country side kat mana2 negara omputih ni memang la sempoi. Cantik dan bersih. We stop there just for 20 minutes before proceed our way to the Blue Mountain. OK kalau nak tau apa yang inclusive in the package tengok kat sini GrayLine Blue Mountain Package.
Sesampai kat sini we olls kena naik Scenic Cableway nak ke centre part dia where the cafe and the gift shop located at.. MashaAllah... Subhanallah... memang such a splendid view la ampa boleh tengok sepanjang 5 minit ataih cableway ni. Boleh tengok Wenworth Falls. Memang cantik gila waterfall dia weyh. Gayat pun boleh tahan jugak la. Disebabkan cuti sekolah maka memang queue agak panjang. We olls decided to ride the steepest 52 degrees incline railway in the world that is Scenic Railway. Turun bawah pusing2 layan view Blue Mountain and dari sini dah nampak Three Sisters Rock. We olls naik atas balik guna Scenic Skyway. Memandangkan masa yang diaorang bagi agak limited we olls rushed up to had our lunch dengan coupon yang dia dah bagi in advance. Not to worry makan kat sini ada halal food ok.
Naik bus balik we olls proceed our tour to Echo Point. From here ampa boleh tengok Three Sisters Rock dengan jarak lagi dekat. View kat sini pun tak payah cerita la memang best lah. After half an hour kat sini naik bus balik p ke Featherdale Wildlife Park. Ha kat sini I olls jadi jakun perak buih semua sebab jumpa Koala. Siap boleh pegang sambil amik gambaq. Kangaroo kat sini memang jual mahal la sebab mewah sangat makanan. Kalau nak feed the kangaroo boleh beli dengan harga A$1 sebekaih. Binatang yang paling best aku tengok kat sini wombart... Sumpah cute gila.
The tour had come to the end. We olls pass Homebush Bay the 2000 Olympic Game site before transferred to the jetty to cross over Parramatta River going back to Sydney. Captain Cook Cruise ni memang dah inclusive in the package. Ada dua stop - satu kat Circular Quay and lagi satu kat Darling Harbour. Hotel kan lagi dekat dengan Darling Harbour so we olls stop kat Darling Harbour and make our own way back to the hotel. Malam ni we olls dinner kat one of the Halal Restaurant kat area China Town. Lupa nama tapi memang x sedap. Perut Malaysian tak boleh buat apa kena cari nasik jugak kan.
OK la sambung lagi nanti na untuk Day 3, 4 and 5
No comments:
Post a Comment